Sunday 27 May 2018

5 KESALAH YANG BUATKAN KULIT MENJADI TERLALU KERING KERING !!


Ramai orang dekat Malaysia ni ada masalah kulit kering termasuklah syafa sendiri sebab cuaca sekarang ni memang panas ! Tak seronokkan ada kulit kering ni sebab makeup akan nampak cakey dan takde glow2 gitu . Tapi korang tak boleh salahkan cuaca je sebab habit korang sendiri boleh buatkan kulit korang jadi kering taw . So dkat bawah syafa dah listkan punca2 yang buatkan kulit korang jadi kering.Antaranyaaaa


1. Cara penggunaan moisturiser yang salah

Orang yang ada masalah kulit kering mesti dah pernah cuba guna moisturiser kan ? Tapi korang tawu tak moisturiser tak elok kalau apply semasa kulit korang tengah kering . Maksud syafa , apply moisturiser tu masa kulit korang masih basah.Contoh, lepas mandi korang lap muka korang dengan tuala tapi jangan sampai kering , biar lembap.Lepas tu, baru korang apply moisturiser.Baru la moisturizer tu dapat trap kelembapan dekat kulit korang.

Korang juga digalakkan pilih moisturizer yang jenis apa ntah nama dia , yg jenis pekat-2 camtu.Contoh kalau korang letak moisturiser tu dekat tapak tangan,kalau moisturiser tu meleleh bila hampa pusing tangan hampa, maknanya moisturiser tu tak cukup pekat untuk hampa.Korang juga tak digalakkan pilih moisturiser yang bau wangi semerbak sutera


2. Mandi air Panas atau terlalu lama

Kalau korang nak tawu , mandi terlalu lama atau mandi mengunakan air panas boleh mengurangkan minyak natural yang melindungi kulit korang. Syafa tawu ada certain orang dia suka mandi guna air panas tambah tambah lagi time pagi. No No No No.Tak digalakkan . Kalau boleh mandi la guna air sejuk, tapi takde la sejuk sangat , kalau suam suam macamtu pun okay.

3.Terlalu kerap mencuci muka
Untuk pengetahuan korang, terlalu kerap mencuci muka juga boleh menyebabkan kulit korang menjadi kering. Kulit kita ni ada lapisan natural yg mengandungi minyak,air dan somthing yang dipanggil "moisturizing factor".So bila kita cuci muka kita guna pencuci muka atau sabun,lapisan ni akan kurangkan hydration dekat lapisan ni. Sebab tu kalau boleh , untuk orang yang ada masalah kulit kering digalakkan basuh muka sekali je waktu malam sebelum tidur.Untuk waktu pagi, korang basuh muka pun dah cukup. Tak payah guna pencuci.

4. Kurang minum air masak

Minum 8 gelas air masak sehari bukan untuk kesihatan je taw korang, tapi untuk kulit korang jugak.
Kulit kita perlukan air untuk kekal hydrating.So kalau boleh minum la air masak lebih sikit dalam sehari. Selain minum air masak , korang juga boleh consume supplement yang kaya dengan healthy fats. Contoh macam omega-3 atau omega-6 sebab ia membantu pembentukan membran yang sihat supaya dapat kekalkan kelembapan pada kulit.

5.Terlalu kerap scrub muka

Memang guna scrub ni elok untuk kulit  korang sebab dia dapat membuang cell kulit mati  dan ada yang cakap dapat putihkan kulit sekali. tapi kalau hari2 scrub muka , kulit mati pun dah takde, pastu korang pun scrub lagi,.kulit yang sihat pulak yang terhakis !! So kalau boleh seminggu korang scrub muka sekali je sebab cell kulit mati ni 


Kesimpulannyee jaga la kulit korang elok-2. Banyakkan minum air masak, kurangkan penggunaan scrub dan pencuci muka. Selain tu cari moisturizer yang sesuai untuk kulit korang.Sebenanye step pengunaan skin care yang salah pun boleh menyebabkan kulit korang jadi kering !! Nanti kalau syafa rajin syafa share step yang betul untuk pakai skin care .






No comments:

Post a Comment