Thursday 2 November 2017

KEBAIKAN SUSU KAMBING



kebaikan susu kambing
Add caption


Assalamualaikum , Hai semua . So harini syafa nak share tentang kebaikan susu kambing.Korang semua mesti dah tahu kan susu kambing ni merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu. ? Untuk pengetahuan korang, Walaupun susu kambing hanya dihasilkan kira-kira 2% je dari bekalan susu dunia , ia lebih mudah untuk diproses sebab ia tidak memerlukan homogenisasi(pisahkan molekul lemak kecil yang susah dipisahkan ) . 


Contohnya, kalau korang biarkan susu lembu segar dekat rak, mesti korang akan nampak ketul-ketul warna putih  terapung dekat atas.So untuk elakkan susu tu daripada berketul,kilang akan proses susu lembu tu untuk seimbangkan dia.Proses tu la yang dipanggil homogenisasi. Tapi susu kambing tak payah pun lalui proses tu sebab dia dah homogenized(Kalau hampa biaq susu kambing tu lama-2 pun dia takkan berketul macam susu lembu). Korang paham dak ? Ka hampa tak paham syafa explain ? hhahahah


Banyak kelebihan susu kambing ni , antaranya dapat menghalang daripada penurunan berat badan, kurangkan keradangan ,  cepatkan sistem penghadaman, kuatkan tulang,meningkatkan kesihatan jantung , kuatkan imuniti,meningkatkan metabolisme dan mencegah toksin dari terkumpul dalam badan

SUSU KAMBING VS SUSU LEMBU 

1. Susu kambing lebih senang untuk dihadam
Molekul lemak dalam susu kambing jauh lebih kecil daripada molekul lemak susu lembu.

2.Kurang alergik sebab kandungan protein
Salah satu punca alergik kanak-kanak  di bawah umur 3 tahun adalah alergik minuman tenusu dan ia berkait rapat dengan satu bahan dalam susu iaitu Alpha s1 Casein.Tahap Alpha s1 Casein adalah kira-kira  89%  kurang dalam susu kambing.Sebab tu orang yang alergik dengan minuman tenusu boleh selesaikan masalah diorang hanya dengan tukar minum susu lembu kepada susu kambing


KELEBIHAN SUSU KAMBING UNTUK KULIT
Nutrient yang ada dalam susu kambing ni termasuk potassium,protein dan magnesium.Sebab tu susu kambing sangat berkesan untuk merawat orang yang ada masalah kulit kering atau kulit sensitive atau yang masalah kulit seperti eczema dan psoriasis.Yang tak  ada masalah kulit pun sesuai minum susu kambing  untuk kekalkan kulit yang sentiasa sihat.

Kandungan lain dalam susu kambing termasuk :
Alpha Hydroxy Acids : Terkenal sebagai exfoliate yang dapat buang sel kulit mati

Vitamin A : Membaiki tisu kulit yang rosak dan penting dalam kitaran hayat sel kulit

Vitamin C : Membaiki kerosakan kulit dan hapuskan radikal bebas

Vitamin D : Membaiki kerosakkan kulit

Vitamin E : Meningkatkan keanjalan kulit

Kalsium : Melindungi kulit daripada kering dan kedut halus

Selenium : Melindungi kulit dari cahaya matahari

Trigliserida dan Natural E : Memberi khasiat kepada kulit



So kesimpulannya , untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat dalaman susu kambing memang sangat syafa recommend. Kalau korang taknak dalam bentuk minuman  korang boleh cuba guna sabun yang dibuat dari susu kambing.Gosok-2 terus cantik gittue.Tapi macam syafa lebih prefer minum susu kambing sebab dia mengeyangkan perut sekali,kulit pun cantik. hihi


Kalau korang berminat nak cuba susu kambing syafa recommend Susu Maaez . Rasa dia sedap and dia campur sekali dengan makanan sunnah seperti kurma,buah tin , madu , habatussaudah dan sarang burung walit. Visit link biru tu kalau nak tahu lebih lanjut . :D



No comments:

Post a Comment